JPN tangkap lelaki klon MyKad

Saifuddin (dua dari kiri) menyerahkan sijil keputusan kewarganegaraan kepada penduduk dalam program terbabit pada Sabtu.
Saifuddin (dua dari kiri) menyerahkan sijil keputusan kewarganegaraan kepada penduduk dalam program terbabit pada Sabtu.
A
A
A

POKOK SENA - Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun ditahan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada Jumaat selepas disyaki terlibat dalam pemalsuan MyKad.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tangkapan dibuat setelah satu risikan dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) susulan aduan mengenai penyalahgunaan identiti untuk tujuan pinjaman kewangan.

Katanya, kes berkenaan terbongkar selepas seorang individu yang kehilangan MyKad beberapa tahun lalu menyedari identitinya digunakan untuk pembelian peranti elektronik.

“Hasil risikan JPN, suspek utama berjaya ditahan, dan ketika tangkapan dibuat, satu lagi MyKad palsu ditemui dalam dompetnya,” katanya ketika sidang media selepas Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama Menteri Dalam Negeri di Masjid Ar-Raudhah, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Peraturan 25(1)(e) dan 25(1)(o) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya sekali,”ujarnya.

Saifuddin dalam masa sama turut menegaskan bahawa pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan tangkapan susulan akan dilakukan berdasarkan hasil soal siasat yang sedang berjalan.

Pada Jumaat, seorang lelaki terkejut apabila mendapati terdapat rekod pembelian iPhone 16 Promax 1 TB di sebuah kedai di Cheras menerusi pembiayaan pinjaman sebuah syarikat pinjaman berlesen menggunakan MyKad miliknya yang diklon.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!