Pegawai Tribunal Kastam sah mati terjerut leher - Polis

KUALA LUMPUR - Proses bedah siasat ke atas mayat Pegawai Tribunal Kastam yang diketemukan maut di Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Putrajaya masih dikategorikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, bedah siasat tersebut dilakukan antara jam 11 pagi hingga 1.30 petang pada Khamis.
Beliau berkata, proses tersebut dijalankan oleh pakar patologi dari Jabatan Forensik dan Patalogi Hospital Sultan Idris Shah (Hospital Serdang).
"Punca kematian adalah 'compression of neck due to ligature strangulation'.
"Berdasarkan kepada laporan bedah siasat dan keterangan pakar patalogi, siasatan masih di bawah SDR," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan mangsa berusia 45 tahun ditemukan meninggal dunia pada Rabu.
Mayat pegawai Kementerian Kewangan itu berada dalam keadaan terbaring di lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki terikat menggunakan pengikat kabel.
Hasil pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dijumpai.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
