Tiga kawasan alami cuaca panas tiga hari

SHAH ALAM - Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tiga kawasan utara Semenanjung.
Menurut hantaran MetMalaysia di Facebook, kawasan yang terlibat ialah Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
Kenyataan itu memaklumkan, suhu maksimum harian boleh mencecah 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut di kawasan tersebut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
