25 PATI baru mendarat kena cekup di jeti haram

Seramai 25 PATI di cekup PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor selepas baru mendarat di sebuah jeti haram bawah jambatan Kampung Pulau Ular, Tumpat pada awal pagi Rabu. Foto PPM
Seramai 25 PATI di cekup PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor selepas baru mendarat di sebuah jeti haram bawah jambatan Kampung Pulau Ular, Tumpat pada awal pagi Rabu. Foto PPM
A
A
A

TUMPAT - Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) di cekup Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor selepas baru mendarat di sebuah jeti haram bawah jambatan Kampung Pulau Ular, di sini pada awal pagi Rabu.

Kesemua mereka merupakan warganegara Myanmar berusia dua hingga 38 tahun.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Zulafendy Hassan berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka baru sahaja tiba di negara ini melalui laluan tidak sah dari negara jiran.

"Mereka ditahan kerana memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), iaitu di bawah Seksyen 5(2) kerana masuk melalui jalan tidak diwartakan dan Seksyen 6(1)(c) kerana berada di Malaysia tanpa pas atau permit sah.

Ujarnya, kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, ini merupakan kejayaan kedua PPM Wilayah Tiga dalam membanteras kemasukan PATI dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

"Kami akan terus mempergiatkan operasi bagi memastikan keselamatan perairan negara terjamin.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah perairan dan rentas sempadan diminta menyalurkannya melalui talian 09-5137726 atau e-mel gerakanw3@gmail.com," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!