Lelaki ditahan simpan mercun dalam rumah

BACHOK - Tindakan seorang lelaki menyimpan pelbagai jensi mercun berjumlah RM114,000 membawa padah selepas rumah yang dijadikan sebagai stor di Kampung Rendang Gunong di sini diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Selasa.
Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada jam 11 malam menerusi Op Taring Wawasan.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan pihaknya telah menjumpai
pelbagai jenis mercun di dalam rumah terbabit.
“Suspek dan kesemua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (PD) Bachok untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita pada Khamis.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Katanya, PGA akan terus mempergiat usaha bagi mengekang kegiatan pengedaran mercun daripada terus berleluasa di sempadan negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

