Dendangan lagu 'Bukan kerana nama' gamatkan sidang Dewan Rakyat

Industri media Malaysia hari ini mencipta sejarah apabila Dewan Rakyat meluluskan RUU Majlis Media Malaysia 2024. Gambar hiasan.
Industri media Malaysia hari ini mencipta sejarah apabila Dewan Rakyat meluluskan RUU Majlis Media Malaysia 2024. Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat gamat apabila Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah mendendangkan bait lagu "Bukan Kerana Nama” yang dipopularkan Datuk Ramli Sarip, ketika mengakhiri perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Ia sebagai simbolik kepada perjuangan wartawan dan media yang banyak membantu melaporkan sesuatu isu dihadapi rakyat secara adil dan beretika.

"Kita menghargai sumbangan mereka yang masih bertahan selama ini di sebalik cabaran global yang memaksa banyak akhbar konvensional ditutup dan ramai hilang pekerjaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pembelaan nasib wartawan dan pengamal media di negara ini khususnya dari Sabah dan Sarawak perlu menjadi teras dalam penubuhan Majlis Media Malaysia.

"Mungkin kami jauh tetapi kami tetap wujud dalam setiap hela nafas bangsa. Jangan biarkan kami terus terpinggir dalam arus perubahan yang seharusnya memberi kesaksamaan kepada semua,” katanya.

Industri media Malaysia hari ini mencipta sejarah apabila Dewan Rakyat meluluskan RUU Majlis Media Malaysia 2024, antara lain bertujuan menjamin kebebasan media dalam memastikan masyarakat mendapat informasi sahih, berintegriti dan adil.

RUU bagi penubuhan Majlis Media Malaysia itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 18 Ahli Parlimen.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!