Tukar langsir, kemas rumah sambut Ramadan

Asni Mansor. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Asni Mansor. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A
A

SHAH ALAM - Umat Islam dianjurkan untuk mempersiapkan diri dan hati untuk menyambut Ramadan sebagai tanda takzim atau mengagungkan bulan yang mulia itu.

Penceramah agama terkenal, Asni Mansor turut mencadangkan agar mengubah kebiasaan untuk menukar langsir dan mengemas rumah sempena kedatangan Ramadan sebagai tanda meraikannya.

“Untuk umat Islam, mari kita sama-sama menyiapkan hati untuk besarkan Ramadan. Kalau selama ini kita semangat nak tukar langsir dan kemas rumah untuk raya, kita tukar dan ubah buat untuk sambut Ramadan pula.

“Saya juga mendoakan agar kita sama-sama dapat memakmurkan diri dengan amalan ibadah, jangan tinggal sahur, baca al-Quran dan tarawih,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Nora Danish turut hadir pada majlis perkongsian ilmu itu. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Nora Danish turut hadir pada majlis perkongsian ilmu itu. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Beliau sebelum itu menyertai program ‘Indahnya Hijab, Hebatnya Ramadan’ anjuran anak syarikat Kumpulan Karangkraf iaitu Karya Bestari dengan kolaborasi bersama pelakon, Betty Rahmad.

Program itu turut menampilkan penceramah agama, Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan selebriti seperti Datuk Nora Ariffin, Erma Fatima, Nora Danish serta Intan Ladyana.

Asni turut memuji program berkenaan yang turut melibatkan selebriti dan pempengaruh yang dilihat cara terbaik bagi menarik lebih ramai orang mendekati agama.

Artikel Berkaitan:

Penceramah agama, Mohamad Zarifi Mohamad Daud ketika menyampaikan tazkirah pada program ‘Indahnya Hijab, Hebatnya Ramadan’. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Penceramah agama, Mohamad Zarifi Mohamad Daud ketika menyampaikan tazkirah pada program ‘Indahnya Hijab, Hebatnya Ramadan’. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

“Masa inilah artis dan pempengaruh boleh menggunakan serta memanfaatkan program ini untuk menyebarkan ilmu yang mereka peroleh.

“Pempengaruh yang sebenar-benarnya adalah yang berjaya menggunakan peluang ini untuk mempengaruhi orang ke arah kebaikan, yang mana jariahnya sampai ke akhirat, insya-ALLAH,” jelasnya.

Sebahagian daripada peserta program ‘Indahnya Hijab, Hebatnya Ramadan’ anjuran anak syarikat Kumpulan Karangkraf iaitu Karya Bestari dengan kolaborasi bersama pelakon, Betty Rahmad. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Selebriti terkenal, Intan Ladyana atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya pula menetapkan tiga objektif untuk dicapai sepanjang Ramadan nanti.

“Pertama, saya nak berdoa dan baca al-Quran sebanyak mana yang mampu setiap hari. Selain itu, saya berhasrat untuk bersedekah sebanyak mungkin dan melakukan qiamullail kalau berkesempatan.

“Saya juga berdoa semoga segala amalan kita diterima. Macam apa yang saya baru belajar tadi, kita beramal seolah-olah itulah amalan terakhir kita di muka bumi ini, jadi kena buat bersungguh-sungguh,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!