Tun M bertemu Jokowi di Solo, Indonesia

Dr Mahathir berkunjung ke kediaman Jokowi di Banjarsari, Solo, Indonesia bagi mengadakan perbincangan bersama. Foto sumber Metro TV
Dr Mahathir berkunjung ke kediaman Jokowi di Banjarsari, Solo, Indonesia bagi mengadakan perbincangan bersama. Foto sumber Metro TV
A
A
A

SHAH ALAM - Negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkunjung ke kediaman peribadi bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di Banjarsari, Solo, Indonesia bagi mengadakan perbincangan bersama pada Rabu.

Memetik laporan Metro TV, kehadiran bekas Perdana Menteri itu turut ditemani oleh anak perempuannya, Marina Mahathir dan rombongan beliau.

Berdasarkan pemantauan media negara tersebut, Jokowi menjemput rombongan Dr Mahathir di Bandara Adi Soemarmo, Solo sekitar jam 11 pagi waktu tempatan sebelum menuju ke kediamannya.

Sebelum memasuki kediaman berkenaan, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu sempat menyapa petugas media yang berada di kawasan tersebut.

Beliau bersama rombongannya juga mengadakan perbincangan di ruang tamu dengan Jokowi dan isterinya, Iriana sambil menikmati sajian yang dihidangkan.

Kedua-dua bekas pemimpin itu kemudiannya melakukan pertemuan secara tertutup.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!