Lagu dikir barat 'Ewa Bule' popular di persada dunia

Tangkap layar video persembahan kumpulan koir kanak-kanak Rusia menyanyikan lagu Ewa Bule.
Tangkap layar video persembahan kumpulan koir kanak-kanak Rusia menyanyikan lagu Ewa Bule.
A
A
A

SHAH ALAM - Lagu tradisional Kelantan Ewa Bule (Wau Bulan) semakin popular apabila terus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

Terbaharu lagu itu dinyanyikan oleh kumpulan koir remaja di Switzerland pada minggu lalu.

Video persembahan lagu berkenaan dikongsikan pemilik akaun TikTok baru-baru ini dan mendapat lebih 90,000 tanda suka serta dikongsi oleh hampir 5,000 pengguna.

Seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama 'robahaintyusof' menzahirkan rasa bangga kerana lagu dikir barat tersebut dinyanyikan oleh pelajar sekolah di luar negara.

"Bangganya...menjadi satu kebanggaan sebagai rakyat Malaysia apabila budayanya diangkat di persada dunia," katanya.

Sebelum itu, pentadbir kumpulan Warga Pulai Chondong di Facebook turut berkongsi satu rakaman video persembahan kumpulan koir kanak-kanak Rusia menyanyikan lagu Ewa Bule.

Menurutnya, perkara tersebut merupakan satu kebanggaan dan membuktikan budaya rakyat Malaysia diterima masyarakat antarabangsa.

"Seni budaya bangsa kita, dihargai oleh negara luar. Lagu dikir barat Ewa Bule semakin dikenali dalam kalangan pelajar koir di persada antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

"Sebelum ini, lagu Wau Bulan ini didendangkan oleh pelajar koir di Amerika Syarikat sekarang giliran pelajar Rusia pula... Sek Kito Ni Boh!" katanya dalam hantaran tersebut.

Tangkap layar video memaparkan persembahan lagu dikir barat Wau Bule oleh sekumpulan koir di Rusia.
Tangkap layar video memaparkan persembahan lagu dikir barat Wau Bule oleh sekumpulan koir di Rusia.

Nyanyian lagu Ewa Bule mula menjadi bualan masyarakat antarabangsa apabila sebelum ini, penyanyi tersohor negara Shila Amzah sekali lagi membanggakan Malaysia dengan menyanyikannya di China.

Shila berpeluang berduet bersama penyanyi tersohor China, Sun Nan yang pernah menjadi juri Asian Wave 2012 dengan menyanyikan lagu Ewa Bule dan Wu Ming De Ren secara medley.

Beliau membuat persembahan bagi memenuhi undangan Beijing TV, salah satu stesen televisyen terbesar di negara tembok besar itu untuk mempromosikan tempat bersejarah di China.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!