JDT perkenal jersi baharu

Jersi rumah terbaharu yang akan dipakai JDT pada musim ini.
Jersi rumah terbaharu yang akan dipakai JDT pada musim ini.
A
A
A

JUARA Liga Super lima kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan jersi baharu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, sebentar tadi.

Pengenalan jersi terbaharu pasukan berkenaan telah dilakukan secara besar-besaran bersama peminat mereka di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Buat tahun ketiga, pasukan dengan jolokan Harimau Selatan itu masih mengekalkan tajaan dari jenama pengeluar barangan sukan terkemuka Amerika Syarikat, Nike.

Menariknya kali ini, tajaan kit termasuk jersi dan barangan kelengkapan pemain juga akan melibatkan pasukan di peringkat akademi berbanding sebelumnya hanya pada pasukan JDT hingga JDT IV sahaja.

Berbanding tahun sebelumnya, JDT kali ini hanya menggunakan dua variasi kit iaitu merah berbelang biru (jersi rumah) dan ungu (jersi pelawat).

Menurut Johor Southern Tigers (JST), jersi yang bakal digunakan Skuad Harimau Selatan ini telah ditempah dan direka khas di Ibu Pejabat Nike Amerika Syarikat.

Katanya, pereka yang diberi tanggungjawab menyiapkan jersi itu juga adalah pihak yang sama mereka jersi buat beberapa pasukan terkemuka dunia seperti Barcelona, Paris Saint Germain dan Brazil.

Artikel Berkaitan: