McGregor sudah sedia goyangkan Munich

Allianz Arena kembali mengamit memori McGregor aksi 14 Jun yang disaksikan 65,052 penonton. Foto Agensi
Allianz Arena kembali mengamit memori McGregor aksi 14 Jun yang disaksikan 65,052 penonton. Foto Agensi
A
A
A

CALLUM McGregor tekad menggunakan kudrat dan pengalaman memastikan Celtic bangkit menumbangkan Bayern Munich dalam aksi playoff kedua Liga Juara-Juara di Allianz Arena, Munich.

McGregor, yang juga kapten Celtic akan mengetuai gergasi Scotland itu ke Munich dengan defisit 1-2 selepas tewas dalam timbal balik pertama di Stadium Parkhead, Glasgow pada 13 Januari lalu.

Malah, McGregor apabila ditanya sama ada wakil Scotland itu perlu mencapai tahap luar biasa yang tidak pernah dialaminya sebelum ini untuk mengatasi pendahulu Bundesliga itu berkata: “Ya, saya rasa begitu. Saya fikir kita perlu memaksimumkan dari segi tahap prestasi, dan tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh di Munich.

“Setelah melihat apa yang telah kami berjaya lakukan dalam perlawanan pertama, kami memerlukan sedikit tuah dan perlu menjadi sangat baik pada malam itu.

“Apabila anda menyertai perlawanan seperti ini, semua orang mesti percaya bahawa anda boleh menang. Biarpun keputusan perlawanan pertama, terdapat margin yang sangat kecil dan, pada malam lain, dengan pengadil yang berbeza, siapa tahu?.”

Sebagai rekod, McGregor sebahagian daripada skuad Scotland yang dibelasah 1-5 Jerman pada perlawanan pembukaan Euro 2024.

Dan pastinya pengalaman itu amat berguna buat McGregor yang tahu Celtic tidak boleh melakukan kesilapan sama seperti dilakukan pasukan Scotland kendalian Steve Clarke pada 14 Jun yang disaksikan 65,052 penonton.

LIGA JUARA-JUARA

Artikel Berkaitan:

PLAYOFF KEDUA

RABU (19 FEBRUARI)

AC Milan (0) lwn (1) Feyenoord Rotterdam, 1.45 pagi

Benfica (1) lwn (0) AS Monaco, 4 pagi

Atalanta (1) lwn (2) Club Brugge, 4 pagi

Bayern Munich (2) lwn (1) Celtic, 4 pagi

* Dalam kurungan keputusan perlawanan pertama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!