Sebagai salah satu agenda reformasi institusi yang direncana kerajaan, mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen merupakan usaha yang tidak boleh ditangguh.Instrumental kepada pengasingan kuasa antara badan perundangan dengan badan eksekutif, langkah ini hanya jadi semakin penting apabila mengambil kira pencapaian statik negara dalam Indeks Persepsi Rasuah Global 2024.Adakah kita sedar akan kepentingan akta ini? Dan lebih penting, adakah kesedaran ini dimiliki wakil rakyat kita?