Menteri Besar Negeri Sembilan mengadap Tuanku Muhriz

Kenderaan Menteri Besar kelihatan memasuki pekarangan Istana Hinggap Seremban hari ini.
Kenderaan Menteri Besar kelihatan memasuki pekarangan Istana Hinggap Seremban hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meluangkan masa lebih setengah jam menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap Seremban hari ini.

Beliau kelihatan memasuki pekarangan Istana sekitar jam 10.27 pagi dan keluar pada jam 11.04 pagi.

Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu Tuanku Muhriz.

Aminuddin ketika ditemui berkata, beliau menghadap Tuanku Muhriz adalah untuk memaklumkan situasi terkini politik semasa di Negeri Sembilan.

"Tuanku bertanyakan keadaan isu politik semasa, itu sahaja. Kita doakan keadaan di Negeri Sembilan yang baik-baik," katanya ringkas hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perjumpaan bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di peringkat Negeri Sembilan, beliau memberitahu, akan memaklumkan perkara tersebut kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah kini berada di PMO

Anwar, Guan Eng susuli Wan Azizah ke PMO

Artikel Berkaitan:

Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong

Menteri Kabinet tinggalkan PMO