DBKL padam contengan, turunkan 38 iklan haram sekitar Bukit Bintang

DBKL memadam contengan dan menurunkan 38 iklan haram di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto: Facebook DBKL
DBKL memadam contengan dan menurunkan 38 iklan haram di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto: Facebook DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 38 iklan haram atau tanpa lesen di tiang monorel sekitar stesen Bukit Bintang telah diturunkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Pejabat Cawangan Bukit Bintang.

DBKL memaklumkan, pihaknya turut melaksanakan tindakan bagi menghilangkan contengan vandalisme oleh pihak tidak bertanggungjawab di sekitar ibu kota.

"DBKL melalui Pejabat Cawangan Bukit Bintang telah melaksanakan tindakan menghilangkan contengan dan menurunkan iklan tanpa lesen oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

DBKL menurunkan iklan haram di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto: Facebook DBKL
DBKL menurunkan iklan haram di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto: Facebook DBKL

"Tindakan memadam contengan vandalisme dijalankan di tiang-tiang monorel sekitar Bukit Bintang dan sebanyak 38 iklan haram atau tanpa lesen telah diturunkan.

"Mari kita semua bertindak lebih proaktif, mendidik diri dan masyarakat tentang menghargai harta awam," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan turut mengingatkan kepada seluruh masyarakat bahawa menjaga bandar merupakan tanggungjawab bersama.

"Harta awam adalah milik kita semua. Mari kita jaga dan pelihara agar generasi akan datang dapat menikmatinya. Bersama kita boleh mencipta persekitaran yang lebih baik dan jangan biarkan vandalisme merosakkan keharmonian kita," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!