Letak kerusi luar kedai pun dah tak selamat

Tangkap layat video tular perbuatan seorang warga emas yang mengambil kerusi diletakkan di belakang kedai di Pusat Perniagaan di Senawang baru-baru ini.
Tangkap layat video tular perbuatan seorang warga emas yang mengambil kerusi diletakkan di belakang kedai di Pusat Perniagaan di Senawang baru-baru ini.
A
A
A

SENAWANG – Seorang lelaki dipercayai pengutip barang lusuh tanpa rasa bersalah mengambil kerusi berpemilik yang diletakkan di belakang kedai Pusat Perniagaan Ixora di sini baru-baru ini.

Kejadian tersebut ditularkan seorang wanita yang kurang senang dengan perbuatan lelaki berusia 60-an itu kerana mengambil kerusi masih berada dalam keadaan elok.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 49 saat, ia memaparkan pelaku yang memandu kereta jenis Toyota Unser berhenti di laluan lorong belakang kawasan berkenaan sebelum mengambil kerusi tersebut serta beberapa barangan lain.

Wanita berkenaan meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki individu tersebut.

“Ada sesiapa yang kenal pak cik ini? Dia mencuri kerusi kami di kawasan Pusat Perniagaan Ixora Senawang.

"Tolong tanya dahulu sebelum ambil barang tersebut walaupun ia kecil...kerusi itu masih baik bukan rosak ataupun sampah,” dakwanya.

Perkongsian itu telah menarik reaksi pengguna media sosial yang mana ada di antara mereka turut berkongsi pengalaman sama kehilangan kerusi di kedai selain mendakwa pencari barang lusuh menyasarkan kerusi mahal.

Malah ada juga yang berpandangan pelaku mengambil kerusi tersebut kerana menyangka barangan itu sudah tidak digunakan susulan ditinggalkan di lorong belakang kedai.

Ada dalam kalangan mereka turut mendakwa, individu berkenaan sudah biasa merayau di sekitar Senawang bagi mencari barangan lusuh.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!