Jet peribadi terhempas, bertembung pesawat lain ketika hendak mendarat

SCOTTSDALE, ARIZONA - Sebuah jet peribadi dilaporkan terhempas selepas bertembung dengan sebuah lagi pesawat di landasan Lapangan Terbang Scottsdale, Arizona pada Isnin, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut.
Menurut laporan AZ Family, kejadian berlaku sekitar jam 2.45 petang waktu tempatan.
Selain mangsa yang terkorban, dua lagi individu dikejarkan ke hospital, manakala sekurang-kurangnya seorang lagi sedang menerima rawatan di lokasi kejadian.
“Insiden berlaku semasa pendaratan di landasan 21. Pasukan bomba telah berada di lokasi untuk menilai situasi. Buat masa ini, landasan lapangan terbang ditutup,” kata pihak Lapangan Terbang Scottsdale dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengesahkan insiden itu membabitkan dua jet peribadi dan telah mengarahkan penangguhan sementara penerbangan masuk ke lapangan terbang tersebut.
“Sebuah Learjet 35A terbabas selepas mendarat sebelum merempuh jet perniagaan Gulfstream 200 yang berada di kawasan parkir Lapangan Terbang Scottsdale,” kata FAA.
Bagaimanapun, jumlah sebenar penumpang di dalam kedua-dua pesawat masih belum dikenal pasti, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Berdasarkan maklumat dari Paramount Business Jets, harga sebuah Learjet 35A dianggarkan sekitar AS$4.8 juta (RM22.8 juta), manakala jet Gulfstream G200 bernilai antara AS$2.85 juta (RM13.5 juta) hingga AS$7.19 juta (RM34.2 juta).
Beberapa imej yang dikongsi di media sosial menunjukkan keadaan pesawat yang rosak teruk di landasan dengan kehadiran pasukan penyelamat di lokasi. - Agensi
@sinarharianonline Sebuah jet peribadi dilaporkan terhempas selepas bertembung dengan sebuah lagi pesawat di landasan Lapangan Terbang Scottsdale, Arizona pada Isnin, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut. Menurut laporan AZ Family, kejadian berlaku sekitar jam 2.45 petang waktu tempatan. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #PesawatTerhempas #Global
Danger - SoundAudio
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
