Zakat fitrah di Melaka RM7 hingga RM22

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Kadar zakat fitrah di Melaka pada tahun ini ditetapkan antara RM7 hingga RM22 bagi setiap individu, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata, bagi pengguna beras jenis Super Special Tempatan, kadar zakat ditetapkan pada RM7, beras jenis Super Special Import (RM15) dan beras Basmathi (RM22).
"Penetapan kadar tersebut ditetapkan menerusi persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bilangan 4 2024 bagi tahun ini.
"Mesyuarat tersebut bersetuju menetapkan kadar satu gantang Baghdad bagi beras Super Tempatan (Gred A) bersamaan 2.6 kilogram dan ditetapkan kepada tiga kadar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Agensi Agama Islam Melaka 2025 di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini pada Isnin.
Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
