Lebih 100 ular berbisa 'bersarang' di belakang rumah

SYDNEY - Penemuan kira-kira 102 ular berbisa di belakang sebuah rumah menggemparkan kawasan kejiranan di Sydney.
Penangkap reptilia, Cory Kerewaro berkata, mereka menerima aduan selepas anjing peliharaan dipatuk di belakang kediaman yang menjadi sarang haiwan itu.
"Ular hitam spesies perut merah itu telah 'beranak pinak'. Kami berjaya memindahkan kesemuanya dan dikuarantin sebelum dilepaskan di taman negara," ujarnya.
Menurutnya, ia merupakan rekod luar biasa buat kerana kebiasaannya mereka hanya menangkap antara lima dan 15 ekor ular sehari.
Difahamkan, ular perut merah adalah salah satu spesies paling berbisa di Australia, namun ia tiada rekod menunjukkan ia menyebabkan kematian kepada manusia. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

