Maguire wira Manchester United di Old Trafford

TANDUKAN pertahanan veteran Harry Maguire memastikan Manchester United bangkit menewaskan Leicester City, 2-1 dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA di Stadium Old Trafford.
The Red Devils kendalian Ruben Amorim tampil formasi 3-4-3 bagaimanapun ketinggalan hasil jaringan pemain Jamaica kelahiran Bristol, Bobby De Cordova-Reid, 36, pada minit ke-42.
The Foxes kendalian Ruud van Nistelrooy tampil formasi 4-2-3-1 memanfaatkan peluang setelah rembatan Wilfred Ndidi dinafikan penjaga gol Andre Onana sebelum tandukan Cordova-Reid meletakkan pasukan pelawat di depan.
Bintang sensasi United, Joshua Zirkzee menyamakan kedudukan minit ke-68 sebaik tiga minit keluar dari bangku simpanan selepas percubaan Rasmus Hojlund dinafikan pemain pertahanan Foxes, Caleb Okoli.
Kedudukan seri perlawanan yang menuju ke masa tambahan akhirnya menjelmakan kemenangan buat United apabila Maguire menanduk masuk gol kedua pada minit ke-93 hasil sepakan percuma Bruno Fernandes.
Keputusan itu memberikan United kemenangan ketiga dalam lapan perlawanan terakhir di Old Trafford merentasi semua pertandingan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!