Peluang menang '1 hari 1 al-Quran'

Gambar kecil: Mohamad Amiro Safwan
Gambar kecil: Mohamad Amiro Safwan
A
A
A

SHAH ALAM - Karya Bestari Sdn Bhd (Karya Bestari) menganjurkan peraduan menang '1 hari 1 al-Quran' sempena Ramadan bulan depan dan sebagai usaha menyebarluaskan al-Quran terbitan syarikat berkenaan.

Editor Kanan Penerbitan Al-Quran Karya Bestari, Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil berkata, pihaknya mengambil inisiatif memberikan hadiah al-Quran kepada 30 orang pemenang bertuah bermula 8 Februari hingga 7 Mac 2025.

Menurut Mohamad Amiro Safwan, cara penyertaannya sangat mudah dengan mengambil gambar atau video 'billboard' al-Quran Karya Bestari kemudian muat naik di media sosial bersama kapsyen 'Saya suka al-Quran Karya Bestari kerana....'.

"Dalam masa sama, peserta juga mesti tag akaun Karya Bestari dan menggunakan #alqurankaryabestari serta kongsi kepada rakan-rakan. Siapa yang menggunakan ayat paling kreatif (perkongsian mengenai al-Quran Karya Bestari ) akan terpilih.

"Antara ciri-ciri ayat adalah 'kerana memudahkan, tulisan besar, ada terjemaah, senang faham, warna menarik' dan sebagainya. Al-Quran yang bakal diterima oleh pemenang adalah pelbagai jenis, yang penting naskhah itu mempunyai info dan inovasi memudahkan kita membacanya.

"Sesiapa sahaja boleh menyertai peraduan ini sama ada pelajar sekolah menengah, universiti, dewasa mahupun golongan yang sudah berusia. Kami tidak menetapkan had umur kerana ingin membuka peluang kepada semua pihak," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Mohamad Amiro Safwan, hadiah ini pun merupakan salah satu cara berterima kasih kepada penyokong, penyumbang dan pembeli al-Quran Karya Bestari.

Jelasnya, peraduan menang '1 hari 1 al-Quran' hanya satu permulaan dan mungkin akan dikembangkan lagi pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan:

"Kita lihat dulu sambutannya bagaimana dan insya-ALLAH akan ada peraduan lain mungkin 30 pemenang dalam satu hari.

"Oleh itu, diharapkan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menyertai peraduan ini memandangkan tempoh penyertaannya lama iaitu selama sebulan.

"Saya juga ingin mengajak semua agar menjadikan al-Quran sebagai panduan. Insya-ALLAH orang yang hidup dibawah naungan al-Quran akan merasai nikmat yang tidak dinikmati orang yang tidak melalui perjalanan ini.

"Mudah-mudahan dengan mendekati al-Quran, ia bukan hanya menyelamatkan kita didunia tetapi juga di akhirat,"ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!