Beego terkejut, nafi terima notis

PELAKON dan bekas anggota Phyne Ballerz, Beego mengakui terkejut apabila mengetahui mengenai prosiding sebutan pertama kes penceraiannya yang berlangsung pada pagi Khamis.
Menurut Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 44, dia tidak menerima sebarang notis daripada pihak peguam Nurul Fadzilah Kamaluddin.
“Terkejut pagi ini mendengar kenyataan isteri yang saya dimaklum mengenai kes mahkamah.
“Tidak ada pemberitahuan dan notis daripada pihak guaman Nurul,” ujarnya dalam satu kenyataan menerusi akaun Instagram miliknya.
Difahamkan, Beego kini berada di Labuan, Sabah atas urusan kerja sehingga Sabtu ini.

Dalam masa sama, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu turut meminta mana-mana peguam syarie untuk mewakilinya.
“Ada mana-mana peguam yang bole mewakili saya? Allahuakbar,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Linda telah memfailkan cerai terhadap Beego itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada awal Januari lalu.
Kes difailkan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1986 atas alasan sudah tiada persefahaman.
Ini merupakan prosiding penceraian kali ketiga pasangan ini. Linda dan Beego sebelum ini pernah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak susulan mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023.
Bagaimanapun Linda mendedahkan bercerai buat kali kedua pada penghujung tahun 2023 dan rujuk dalam tempoh iddah.
Linda dan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
@sinarharianonline Pelakon dan bekas anggota Phyne Ballerz, Beego mengakui terkejut apabila mengetahui mengenai prosiding sebutan pertama kes penceraiannya yang berlangsung pada pagi Khamis. Menurut Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 44, dia tidak menerima sebarang notis daripada pihak peguam Nurul Fadzilah Kamaluddin. #SinarHarian #SinarTerkini #BeegoPhyneBallerz #LindaHashim #KesCerai #PelakonPopular
Jangan Pisahkan - Phyne Ballerz
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!