Isu RM4 juta: DBKL serah dokumen kepada SPRM

Azam
Azam
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung dakwaan salah laku ahli lembaga penasihat yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, perbincangan antara beliau bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur dibuat pada Selasa.

"Saya telah berbincang dengan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif (Datuk Bandar Kuala Lumpur) semalam (Selasa) dan beliau setuju untuk berkongsi dokumen mengenai isu ini dengan kami.

"Biar pegawai penyiasat saya menganalisis dokumen tersebut terlebih dahulu bagi melihat sama ada terdapat sebarang kesalahan yang memerlukan kami membuka kertas siasatan," katanya pada Rabu.

Beliau berkata, SPRM tidak mahu membuat kesimpulan tergesa-gesa mengenai isu tersebut kerana ia melibatkan dakwaan yang dibuat melalui media sosial.

Justeru, kata Azam, SPRM akan menganalisis dengan menyeluruh ke atas dokumen yang diberikan untuk mengesahkan dakwaan terbabit terlebih dahulu.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan menyatakan kesedian membantu DBKL dalam siasatan terhadap dakwaan salah laku terbabit.

Sebelum itu media melaporkan, DBKL melancarkan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat yang juga seorang penerbit dan pengarah filem, Afdlin Shauki dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Artikel Berkaitan:

Dakwaan salah laku membabitkan ahli lembaga penasihat itu mula tular di media sosial, sejak Jumaat. Ia membabitkan pelanggaran proses tadbir urus berkaitan perolehan projek kerja penerbitan bahan kreatif untuk DBKL bernilai RM4 juta, yang didakwa tidak diberikan melalui tender terbuka.

Dalam kenyataan susulan di media sosial, Afdlin menafikan dakwaan salah laku dalam perolehan projek di bawah DBKL dan mendakwa isu berkenaan sengaja dimainkan untuk memburukkan namanya.

@sinarharianonline

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung dakwaan salah laku ahli lembaga penasihat yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, perbincangan antara beliau bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur dibuat pada Selasa. #SinarHarian #SinarTerkini #SPRM #DBKL #Projek4Juta

News - Abiel Accoustic

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!