Tiga kawasan di Kota Tinggi terjejas banjir

Operasi pemindahan penduduk terjejas banjir di Taman Desaru Utama dilakukan pada awal pagi Rabu. - Foto JBPM
Operasi pemindahan penduduk terjejas banjir di Taman Desaru Utama dilakukan pada awal pagi Rabu. - Foto JBPM
A
A
A

KOTA TINGGI - Hujan berterusan sejak awal pagi menyebabkan Kampung Baru Mas, Taman Desaru Utama dan Taman Penawar Harmoni di sini dilanda banjir.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan, setakat ini sebanyak 70 buah kediaman penduduk terjejas.

Jelasnya, penduduk terjejas kini ditempatkan di dua buah pusat penempatan sementara (PPS) iaitu di Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Dewan Muafakat Taman Desaru Utama.

Keadaan banjir di Taman Desaru Utama, Penawar ​pada awal pagi Rabu.- Foto JBPM
Keadaan banjir di Taman Desaru Utama, Penawar ​pada awal pagi Rabu.- Foto JBPM

"Setakat ini belum ada PPS yang diaktifkan cuma dua buah dewan dijadikan sebagai pusat penempatan sementara," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Azlan Mat Sani berkata, lapan anggota bersama sebuah jentera ke Taman Desaru Utama dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 6.33 pagi.

Keadaan banjir di Taman Desaru Utama, Penawar pada awal pagi Rabu.- Foto JBPM
Keadaan banjir di Taman Desaru Utama, Penawar pada awal pagi Rabu.- Foto JBPM

"Kawasan perumahan terbabit dinaiki air lebih kurang 0.9 meter.

"Operasi pemindahan mangsa dilakukan menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Hampir 80 peratus penduduk di taman perumahan terbabit telah keluar dan operasi masih dijalankan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!