Belut pun diseludup

Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa merampas 25 guni mengandungi belut yang dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan di pangkalan haram Simpangan, Tumpat pada Ahad.
Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa merampas 25 guni mengandungi belut yang dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan di pangkalan haram Simpangan, Tumpat pada Ahad.
A
A
A

TUMPAT - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa merampas 25 guni mengandungi belut yang dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan di pangkalan haram Simpangan di sini pada Ahad.

Dalam serbuan jam 11 malam itu sebuah pikap jenis Toyota Hilux ditahan selepas dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa penugasan Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan terbabit telah menemukan belut seberat 625 kilogram.

"Anggaran nilai rampasan berjumlah RM18,750 dan kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.

Menurut beliau, barang rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor sebelum diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan selanjutnya.

Ujarnya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!