Pengawal keselamatan ditahan cabul pelajar lelaki

Suspek yang beralamat di Johor diberkas ketika berada di klinik terbabit pada jam 12.05 tengah hari pada Isnin. Foto hiasan
Suspek yang beralamat di Johor diberkas ketika berada di klinik terbabit pada jam 12.05 tengah hari pada Isnin. Foto hiasan
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang pengawal keselamatan di sebuah klinik pergigian di sini ditahan kerana disyaki mencabul pelajar lelaki pada petang Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, mangsa berusia 19 tahun yang berada di pekarangan klinik kerajaan tersebut telah bertanyakan di manakah tandas kepada seorang pengawal keselamatan yang sama usia dengan mangsa sebelum suspek menunjukkan arah tandas.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata, namun ketika mangsa sedang membuka seluar di dalam tandas, dia ternampak pengawal keselamatan itu seperti sedang mengintainya.

Menurutnya, kemudian pengawal keselamatan terbabit mengetuk pintu tandas menyuruh mangsa membuka lampu tandas menyebabkan mangsa membuka sedikit pintu untuk menekan suis lampu di luar.

"Tiba-tiba pengawal keselamatan itu telah berada di hadapan pintu dan cuba masuk ke dalam tandas dengan menolak pintu tandas.

"Suspek juga didakwa bertindak memegang kemaluan mangsa dan kerana bimbang keselamatan diri, mangsa terus menolak badan pengawal keselamatan itu lalu segera menutup pintu tandas," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Jelas beliau, selang beberapa minit mangsa mendapati pengawal keselamatan itu telah beredar dan bergegas keluar dari tandas sebelum membuat aduan di bahagian kaunter klinik.

Ujar beliau, suspek yang beralamat di Johor berjaya diberkas oleh sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) D11 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di klinik terbabit pada jam 12.05 tengah hari pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

"Hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap suspek adalah negatif dan polis akan memohon reman bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!