Tarif baharu Trump: China, Mexico, Kanada bertindak balas

Donald Trump. Foto AFP
Donald Trump. Foto AFP
A
A
A

BEIJING - China menentang keras tarif baharu yang dikenakan ke atas Beijing oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan berikrar untuk mengambil tindak balas yang bersesuaian dengan tegas untuk melindungi hak dan kepentingan negaranya.

Sabtu lalu, Trump mengumumkan tarif atau cukai import yang meluas ke atas China sebanyak 10 peratus, Kanada dan Mexico iaitu 25 peratus dengan memetik ancaman daripada pendatang haram serta dadah yang bermula Selasa depan.

Tindakan itu sekali gus menimbulkan risiko berlakunya perang perdagangan baharu, yang menurut ahli ekonomi akan melembapkan pertumbuhan sejagat dan mendorong kepada inflasi.

China menekankan bahawa ia menolak sekeras-kerasnya tarif baharu yang dilaksanakan ke atas Beijing oleh Trump.

Malah, Beijing turut berikrar untuk melaksanakan tindak balas dengan sewajarnya demi melindungi hak dan kepentingannya.

Dalam kenyataannya pada Ahad, kementerian perdagangan China juga menyelar 'amalan salah' Washington, dengan menyatakan Beijing sangat tidak berpuas hati dengan perkara ini dan menentangnya dengan sekeras-kerasnya isu tarif tersebut.

Ia menambah bahawa cukai itu bukan sahaja tidak membantu dalam menyelesaikan masalah AS, bahkan juga menjejas kerjasama ekonomi dan perdagangan yang normal.

Dalam pada itu, Kanada dan Mexico juga telah mengumumkan rancangan masing-masing untuk bertindak balas terhadap keputusan Trump itu.

Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum pada Sabtu juga mengarahkan tarif dilaksanakan sebagai langkah tindak balas.

Artikel Berkaitan:

Dalam satu catatan di X, Sheinbaum berkata, pemerintahnya mengusulkan untuk mengadakan dialog, dan bukannya konfrontasi dengan negara jirannya, AS.

"Saya telah mengarahkan menteri ekonomi melaksanakan pelan B yang kami usahakan, termasuk langkah tarif dan bukan tarif untuk mempertahankan kepentingan Mexico," kata Sheinbaum tanpa menyatakan produk dari AS untuk disasarkan kerajaannya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!