Iktiraf jasa veteran UMNO, lantik sebagai AJK bahagian

Ahmad (empat kanan) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Pontian di Dewan Serbaguna Benut pada Sabtu.
Ahmad (empat kanan) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Pontian di Dewan Serbaguna Benut pada Sabtu.
A
A
A

PONTIAN - UMNO Bahagian diseluruh negara disaran mengiktiraf sumbangan veteran UMNO di kawasan masing-masing dengan melantik pengerusinya sebagai ahli jawatankuasa bahagaian

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah tersebut sejajar dengan pelantikan Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Osman Desa sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

"Jasa ahli-ahli veteran UMNO perlu diiktiraf kerana mereka turut sama membantu melancarkan gerak kerja kempen pada setiap kali diadakan pilihan raya diadakan.

"Kesetiaan mereka (veteran) kepada UMNO juga terbukti dengan mereka terus memberikan sokongan kepada kepimpinan yang ada pada hari ini tanpa berbelah bahagi," katanya.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor itu berkata demikian ketika ditemui sebelum mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Pontian di Dewan Serbaguna Benut pada Sabtu.

Pada 25 November lalu, Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa telah dilantik sebagai ahli MKT sebagaimana yang diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pelantikan itu merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan terhadap Veteran UMNO Malaysia yang memainkan peranan penting dalam mempertahan dan memperkukuhkan parti selama ini.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya memberitahu beliau sendiri akan menulis surat kepada MKT UMNO supaya cadangan ini mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Artikel Berkaitan:

"Pelantikan Pengerusi Veteran UMNO di setiap bahagian sebagai ahli jawatankuasa UMNO bahagian akan memudahkan lagi penyampaian maklumat kepada ahli-ahli veteran UMNO di tempat masing-masing.

“Veteran UMNO juga mempunyai organisasi yang lengkap dari Bahagian, Negeri dan Pusat, sekaligus memudahkan mereka menyusun agenda bagi membantu parti sepanjang masa,” katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!