Tiada mangsa dijangka selamat dalam nahas Black Hawk-American Airlines

WASHINGTON - Tiada mangsa yang dijangka terselamat dalam perlanggaran udara antara sebuah pesawat penumpang dan helikopter tentera Black Hawk berhampiran Reagan National Airport di Washington, D.C., lapor Xinhua yang memetik Ketua Jabatan Bomba dan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan D.C., John Donnelly, pada sidang akhbar Khamis.
Perlanggaran udara itu berlaku sekitar jam 9 malam Waktu Standard Timur (0200 GMT Khamis), melibatkan sebuah pesawat penumpang yang berlepas dari Wichita, Kansas, dengan sebuah helikopter tentera Black Hawk.
Reagan National Airport akan terus ditutup sekurang-kurangnya sehingga jam 11 pagi Khamis (1600 GMT) sementara operasi mencari dan menyelamat diteruskan, menurut pegawai pada taklimat awal Khamis. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
