PM arah Nadma perkemas jentera agensi bantu mangsa banjir Sabah, Sarawak

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk memperkemaskan penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi persekutuan dan negeri bagi membantu mangsa banjir di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan.

Jalan raya Nangoh-Paitan-Kanibongan di Kampung Ganah Jati turut ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan akibat limpahan air dari Sungai Labuk ketika tinjauan pada Rabu. Foto Bernama
Jalan raya Nangoh-Paitan-Kanibongan di Kampung Ganah Jati turut ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan akibat limpahan air dari Sungai Labuk ketika tinjauan pada Rabu. Foto Bernama

“Berduka cita menerima perkhabaran situasi banjir yang semakin buruk di Sabah dan Sarawak. Saya zahirkan simpati pada ribuan saudara kita di sana yang terkesan dengan bencana ini.

“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) turut diarah untuk mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan calon peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang terjejas, dapat menjalani peperiksaan dengan selamat dan kondusif,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah Anwar, Skuad Ihsan Madani juga akan turun membantu mangsa banjir di pusat pemindahan sementara serta bersiap siaga bagi penugasan pasca banjir.

Beliau turut mendoakan semua mangsa yang terkesan diberi kesabaran dan ketabahan sepanjang tempoh musibah ini melanda.

Berdasarkan rekod Pusat Kawalan Bencana Negara setakat jam tiga petang Khamis, jumlah mangsa banjir di kedua-dua negeri itu sudah melebihi 8,000 orang.

Artikel Berkaitan:

Di Sarawak, sebanyak 11 daerah yang terjejas dengan jumlah keseluruhan mangsa ketika ini 5,106 orang manakala Sabah membabitkan 10 daerah, meliputi 3,550 mangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!