Polis buru lelaki ragut peniaga kalung bunga

Tangkap layar video tular suspek yang berpura-pura menjadi pelanggan sebelum meragut rantai emas mangsa di Teluk Intan. Foto ihsan pembaca
Tangkap layar video tular suspek yang berpura-pura menjadi pelanggan sebelum meragut rantai emas mangsa di Teluk Intan. Foto ihsan pembaca
A
A
A

TELUK INTAN - Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki meragut rantai leher milik seorang wanita warga emas dalam kejadian di sebuah rumah di Hoover Park, Jalan Sultan Abdullah di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7 pagi apabila suspek berpura-pura menjadi pelanggan meminta mangsa berusia 65 tahun membuatkan kalungan bunga.

"Semasa mangsa sedang membuat kalungan bunga tersebut, suspek bertindak mendekati mangsa dari arah belakang dan terus meragut seutas rantai emas yang dipakai oleh mangsa.

"Ketika kejadian berlaku pergelutan dan suspek bertindak menolak hingga mangsa jatuh ke lantai. Kejadian itu disedari oleh anak lelaki mangsa selepas terdengar jeritan meminta tolong," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut Ahmad Adnan, suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri bersama sebahagian rantai emas milik mangsa.

"Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher, luka di bahagian tangan, kaki dan pinggul.

"Suspek dipercayai warga tempatan berbadan gempal, berkulit gelap, memakai topi keledar dan berpelitup muka berwarna hitam serta memakai jaket berwarna hitam kuning.

"Suspek juga menaiki motosikal jenis Honda Wave 125 tetapi nombor pendaftaran tidak dikenal pasti oleh mangsa," katanya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini, diminta tampil menghubungi pihak Polis dalam membantu mengesan suspek terlibat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muzlifah Azmi di talian 011-21858926, Balai Polis Teluk Intan di talian 05-6292222 atau melalui laman web rasmi PDRM.

@sinarharianonline

Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki meragut rantai leher milik seorang wanita warga emas dalam kejadian di sebuah rumah di Hoover Park, Jalan Sultan Abdullah di sini pada Selasa. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7 pagi apabila suspek berpura-pura menjadi pelanggan meminta mangsa berusia 65 tahun membuatkan kalungan bunga. #SinarHarian #SinarTerkini #Ragut #Perak

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!