Yayasan Ammirul Ummah mahu perkasa dakwah bersama Karangkraf

Mohamad Kamal (lima dari kanan) bersama Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub (empat dari kanan) serta barisan pengurusan Yayasan Ammirul Ummah dan WUIF bergambar selepas sesi lawatan ke Kumpulan Karangraf pada Selasa. Turut sama Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang (dua dari kiri).
Mohamad Kamal (lima dari kanan) bersama Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub (empat dari kanan) serta barisan pengurusan Yayasan Ammirul Ummah dan WUIF bergambar selepas sesi lawatan ke Kumpulan Karangraf pada Selasa. Turut sama Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang (dua dari kiri).
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Ammirul Ummah berhasrat menjalin kerjasama dengan Kumpulan Karangkraf dalam usaha memperkasa dakwah menerusi program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

Pengarahnya, Mohd Kamal Ismail berkata, pihaknya tertarik untuk bekerjasama dari segi pengagihan naskah al-Quran dan publisiti program sama ada di dalam atau luar negara.

"Selain itu kami turut membincangkan gerakan aktiviti yang boleh dilaksanakan menerusi Rumah Ngaji di seluruh negara dan #QuranHour bagi memanfaatkan lebih ramai orang.

"Kami harapkan perbincangan ini dapat menghasilkan kerjasama yang baik, dilakukan secepat mungkin dan perkongsian daripada kunjungan ini Insya-ALLAH akan diguna pakai dalam penambahbaikan program yayasan sedia ada," katanya ketika ditemui di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, Yayasan Ammirul Ummah merupakan sebuah organisasi yang menjalankan program berkaitan keagamaan termasuk mengedar al-Quran kepada orang ramai setiap minggu di Terengganu.

Justeru menurutnya, aktiviti tersebut akan diperluaskan dengan kerjasama WUIF menerusi pembelajaran al-Quran dan sesi taddabur pada masa akan datang.

Rozalina
Rozalina

Sementara itu Pengurus Acara dan Kempen WUIF, Rozalina Mohamed berkata, perbincangan lanjut akan dilakukan dalam masa terdekat untuk menentukan kaedah dan rancangan kerjasama yang lebih strategik.

"Platform Sinar Harian boleh bantu mempromosikan program yayasan dan kempen #QuranHour pula akan sokong dari segi baca, faham dan amal al-Quran.

Artikel Berkaitan:

"Al-Quran yang mereka edarkan nanti boleh dimanfaatkan oleh orang ramai dengan menyertai program Rumah Ngaji untuk berinteraksi dengan kalam ALLAH," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!