Tapak pembuangan haram di Bukit Bintang diserbu

DBKL turut mengeluarkan Notis Pemberhentian Kerja (SWO) serta-merta dan tiga buah kenderaan di premis berkenaan telah dikenakan tindakan sita. FOTO: DBKL
DBKL turut mengeluarkan Notis Pemberhentian Kerja (SWO) serta-merta dan tiga buah kenderaan di premis berkenaan telah dikenakan tindakan sita. FOTO: DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan lapan tawaran kompaun dalam operasi bersepadu di tapak pembuangan haram di sekitar Parlimen Bukit Bintang di ibu negara.

Menurut DBKL, operasi itu turut melibatkan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Pejabat Tanah dan Galian WPKL.

Operasi ini turut melibatkan Jabatan Alam Sekitar WPKL, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Pejabat Tanah dan Galian WPKL.
Operasi ini turut melibatkan Jabatan Alam Sekitar WPKL, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Pejabat Tanah dan Galian WPKL.

"Hasil daripada operasi dijalankan, sebanyak lapan Notis Tawaran Kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

"Dua Notis Penguatkuasaan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 juga turut dikeluarkan," ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Selain itu, ujarnya, sebanyak empat Notis Pemberitahuan Tentang Kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 turut dikeluarkan ke atas tapak aktiviti pembuangan tersebut.

Sebanyak lapan Notis Tawaran Kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. FOTO: DBKL
Sebanyak lapan Notis Tawaran Kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. FOTO: DBKL

Dalam masa sama, DBKL turut mengeluarkan Notis Pemberhentian Kerja (SWO) serta-merta dan tiga buah kenderaan di premis berkenaan telah dikenakan tindakan sita.

"Kesemua kenderaan yang disita telah di bawa ke Depoh Tunda DBKL, Sentul, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

"DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke masa. Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/," tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!