Alphard guna nombor plat palsu mahu 'lari' bank

Sebuah Toyota Alphard disita JPJ kerana menggunakan nombor plat palsu. Foto: JPJ Selangor
Sebuah Toyota Alphard disita JPJ kerana menggunakan nombor plat palsu. Foto: JPJ Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Toyota Alphard yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dengan alasan mahu elak disita bank kerana tunggakan bayaran terbongkar selepas ditahan di Jalan Sungai Buloh-Shah Alam, di sini pada Sabtu.

Semasa kejadian, kenderaan pelbagai guna (MPV) itu sedang dipandu lelaki berusia 36 tahun bersama ahli keluarganya ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di sekitar daerah terbabit.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, kenderaan itu ditahan pada jam 11.51 pagi menerusi Op Tahun Baharu Cina.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati pemandu terbabit mempunyai lesen memandu sah dan akan tamat pada 2028.

Azrin
Azrin

"Namun, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan tersebut mendapati nombor plat tidak sama dengan jenis kenderaan yang digunakan.

"Nombor plat palsu itu dipercayai telah digunakan sejak enam bulan lalu.

"Siasatan lanjut juga mendapati nombor plat itu merupakan kenderaan model BMW 318i milik isterinya," katanya pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati MPV mewah itu dibeli sejak 2021.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, tindakan menggunakan nombor plat palsu itu dikatakan kerana tunggakan bayaran dan pemandu bimbang disita bank.

"Kenderaan tersebut kini disita dan kes disiasat mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!