Pemilik perniagaan dikompaun gajikan pekerja asing

DBKL mengeluarkan enam notis kompaun kepada pemilik perniagaan di ibu negara kerana menggaji pekerja asing dalam operasi bersepadu di Bukit Bintang - Foto DBKL
DBKL mengeluarkan enam notis kompaun kepada pemilik perniagaan di ibu negara kerana menggaji pekerja asing dalam operasi bersepadu di Bukit Bintang - Foto DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan enam notis kompaun kepada pemilik perniagaan di ibu negara kerana menggaji pekerja asing dalam operasi bersepadu di Parlimen Bukit Bintang di sini malam Khamis.

Dalam satu kenyataan, DBKL berkata, tindakan itu diambil mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016

Selain itu, jelasnya, sebanyak lapan unit barangan perniagaan turut dikenakan tindakan sita serta-merta dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia di kawasan berkenaan.

Sebanyak lapan unit barangan perniagaan turut dikenakan tindakan sita serta-merta. - Foto DBKL
Sebanyak lapan unit barangan perniagaan turut dikenakan tindakan sita serta-merta. - Foto DBKL

"Kesemua barangan yang dikenakan tindakan pindah halangan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi," ujarnya.

Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

"Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!