'Hati daddy memelukmu selamanya...' - Fattah Amin

PERKONGSIAN aktor tinggi lampai, Fattah Amin mengenai anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, 5, pada Rabu telah menarik perhatian ramai.
Masakan tidak, walaupun seketika, pemilik nama penuh Abdul Fattah Mohd Amin, 35, dapat melepaskan kerinduan.
“Fatima, jangan bersedih meski tadi daddy memeluk dirimu sejenak sahaja.
“Yang perlu kamu tahu, hati daddy memelukmu selamanya,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Rata-rata tersentuh dengan hantaran swafoto Fattah bersama Fatima dan berharap kasih sayang mereka kekal sampai bila-bila.
"Syukur alhamdulillah Ya ALLAH. Dapat juga Fattah lepaskan rindu peluk Fatima walaupun seketika. Kasih ayah buat anak akan terus mekar selamanya sampai ke syurga," ujar seorang pengikut.
"Semoga ALLAH permudahkan segala urusan Fattah dan anakandanya, Fatima selalu," tulis salah seorang pengikut.
Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 7 Oktober lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Dr Fie sah bergelar isteri Kapten Amrul dengan sekali lafaz
01 November 2026 12:12pmPengunjung kenduri rakyat Bella-Syed Saddiq tonjol kepelbagaian budaya Sabah
31 Oktober 2026 05:40pmPelakon veteran Gerak Khas berjaya dapat CGPA 4.00
31 Oktober 2026 04:14pmPelakon legenda Star Trek, Patrick Stewart meninggal dunia pada usia 86 tahun
30 Oktober 2026 08:12am'Niat ke klinik hanya mahu MC, sekali disahkan kanser tahap tiga'
01 November 2026 11:42amMPV dinaiki empat sekeluarga dihempap lori tar, dua maut
01 November 2026 06:15pmPenyampai radio, DJ Akhiey meninggal dunia ketika dapat rawatan di hospital
01 November 2026 08:20pmSuami orang, rakan sekerja dicekup berkhalwat di resort
01 November 2026 11:33am- Iklan -- Iklan -

