Bila kuasa disalah guna, kerajaan dan rakyat akan derita - Tun M

Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Apabila kuasa disalah guna demi memenuhi kepentingan diri, kerajaan dan rakyat akan menderita serta menanggung beban tidak sepatutnya, kata bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, Malaysia menetapkan sesebuah pembentukan kerajaan perlu dipilih berdasarkan kuasa mengundi rakyat.

Kata bekas Ahli Parlimen Langkawi itu, kebiasaannya rakyat akan memilih calon yang sanggup bekerja demi kepentingan negara dan orang ramai.

"Bagaimanapun, kerajaan telah diberi kuasa atau autoriti untuk menguruskan negara. Umum mengetahui kelebihan berkuasa boleh membawa kepada sikap korupsi. Bagi mendapatkan kuasa mutlak, kerajaan perlu bersikap korupsi sepenuhnya.

"Justeru, mereka yang mewakili diri sendiri sewaktu pilihan raya untuk menjadi kerajaan tidak dapat mengelak daripada mencari peluang menggunakan kuasa kerajaan demi kepentingan diri.

Tindakan beberapa NGO seperti Bersih dan PSM untuk mengadakan perhimpunan anti rasuah pada 25 Januari ini mendapat reaksi tidak begitu positif daripada Kerajaan Madani.
Tindakan beberapa NGO seperti Bersih dan PSM untuk mengadakan perhimpunan anti rasuah pada 25 Januari ini mendapat reaksi tidak begitu positif daripada Kerajaan Madani.

"Apabila kuasa sudah disalah guna untuk memenuhi kepentingan diri, kerajaan akan menderita. Apabila kuasa pemerintah disalah guna, rakyat yang akan menanggung kosnya berdasarkan apa yang mereka miliki," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau pada Rabu.

Kenyataan Dr Mahathir itu dikeluarkan di tengah-tengah polemik penganjuran demonstrasi anti rasuah pada 25 Januari ini oleh sebuah sekretariat perhimpunan anti rasuah yang dicadang diadakan di hadapan bangunan Sogo, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Namun, pendirian kerajaan terhadap rancangan tunjuk perasaan itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim pula mengingatkan ramai pemimpin kerajaan hari ini pernah berdemonstrasi di jalanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!