Anak syukur, nelayan hilang ditemukan di Indonesia

Susanti (Kanan: Dua nelayan dilaporkan hilang sejak Khamis kalu selamat ditemui di Indonesia.)
Susanti (Kanan: Dua nelayan dilaporkan hilang sejak Khamis kalu selamat ditemui di Indonesia.)
A
A
A

MELAKA - Anak kepada salah seorang nelayan yang dilaporkan hilang pada minggu lalu, terharu apabila mendapat perkhabaran bapanya ditemui selamat di Indonesia.

Susanti Muarep, 40, berkata, dia mengetahui mengenai berita gembira itu selepas dihubungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman kira-kira jam 10.30 malam Selasa.

Menurutnya, bersyukur bapanya yang telah lebih 40 tahun menjadi nelayan selamat ditemui oleh pihak berkuasa negara jiran, Indonesia selepas dipercayai mengalami kerosakan enjin bot ketika memukat ikan di kawasan Pulau Undan.

"Syukur alhamdulillah bila dimaklumkan mengenai berita gembira itu, walaupun belum dapat bercakap dengan ayah namun sekurang-kurangnya berita ini melegakan kami sekeluarga.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk agensi berkaitan yang membantu mencari ayah, mendoakan dan membuat solat hajat sehingga berita ini dimaklumkan kepada kami," katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Rabu.

Susanti yang bekerja di Klebang berkata, setakat ini dia juga belum dimaklumkan bila bapanya akan dibawa pulang ke Malaysia.

"Apa pun kami setia menanti dan kami adik-beradik tidak sabar nak berjumpa dengan ayah," katanya lagi.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas dua nelayan dilaporkan hilang di perairan Pulau Undan di sini, pada petang Khamis lalu.

Artikel Berkaitan:

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden yang menimpa dua nelayan dengan sebuah bot melalui kumpulan aplikasi WhatsApp Sahabat Maritim pada jam 5 petang.

Susulan itu Susanti yang ditemui di Kawalan Operasi (PKO) di Jeti Nelayan Padang Temu di sini, pada Jumaat berharap bapa tunggal kepada lima orang anak itu berjaya ditemui dengan selamat.

Sementara itu, Exco Kemajuan Desa Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh turut berkongsi berita gembira itu menerusi hantarannya di media sosial, Facebook.

"Alhamdulillah pagi ni dapat perkhabaran gembira iaitu dua nelayan Padang Temu yang hilang sejak Khamis lepas telah selamat dijumpai," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!