Rasuah projek lebuh raya: COO syarikat konsesi, pengurus projek akan didakwa

Azam pada sidang media perkembangan kes-kes terkini yang disiasat SPRM di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Selasa.
Azam pada sidang media perkembangan kes-kes terkini yang disiasat SPRM di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua pegawai operasi (COO) dan pengurus projek sebuah syarikat akan didakwa susulan siasatan kes rasuah berkaitan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM4.8 bilion.

Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah menerima izin untuk mendakwa kedua-dua individu berkenaan.

"Ketua pegawai operasi syarikat konsesi itu dijangka menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 pada 27 Januari ini.

"Manakala seorang lagi individu yang merupakan pengurus projek syarikat swasta akan menghadapi tiga pertuduhan di bawah akta yang sama pada 23 Januari," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar perkembangan kes-kes terkini yang disiasat SPRM di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Selasa.

Media sebelum ini melaporkan beberapa individu ditahan serta dirakam keterangan sejak Julai lalu berkaitan siasatan kes rasuah berhubung projek lebuh raya di Lembah Klang.

Siasatan dijalankan susulan unsur rasuah dikesan di dua projek terbabit yang bernilai lebih RM1 bilion dan RM4.8 bilion itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!