Lima buah rumah kedai hangus terbakar

PASIR PUTEH - Lima buah rumah kedai jenis sementara terbakar dalam kejadian di Kampung Alor Pasir, di sini pada Ahad.
Kejadian sekitar jam 6.20 petang itu menyebabkan kesemua rumah tersebut terbakar 100 peratus.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Pegawai Bomba Kanan II Engku Mohd Azam Engku Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.23 petang.

"Seramai 28 anggota termasuk pegawai bersama empat jentera dan sebuah lori tangki air telah dikerah ke lokasi untuk kerja-kerja memadam kebakaran serta menyelamat," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Menurut beliau, sejurus tiba di lokasi kami dapati lima buah rumah kedai jenis sementara telah terbakar.
Ujarnya, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!