Johnathan pecah rekod kebangsaan 10 tahun

Johnathan berkongsi khabar gembira pencapaiannya di Taiwan menerusi hantaran di Instagram. Foto Instagram Jonathan Wong
Johnathan berkongsi khabar gembira pencapaiannya di Taiwan menerusi hantaran di Instagram. Foto Instagram Jonathan Wong
A
A
A

JAGUH menembak negara, Johnathan Wong berada dalam kelas tersendiri apabila membaharui rekod kebangsaan milik sendiri sejak 10 tahun lalu dalam Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) di Taiwan.

Olimpian negara itu mengutip 586 mata keseluruhan ketika mengungguli pusingan kelayakan acara 10 meter (m) air pistol lelaki.

Kelebihan satu mata itu sekali gus mengatasi rekod 585 mata yang dilakukannya dalam Kejohanan Menembak Trofi Tun Hanif di Lapang Sasar Subang pada 2015.

Kejayaan tersebut dikongsi atlet berusia 33 tahun itu menerusi laman sosialnya.

"Permulaan tahun 2025 yang luar jangkaan. Akhirnya berjaya memecah rekod kebangsaan dengan markah 586, serta mencipta rekod kualifikasi SEASA dalam acara individu 10m air pistol lelaki.

Aksi Jonathan pada Kejohanan SEASA di Taiwan. Foto Instgaram Jonathan Wong
Aksi Jonathan pada Kejohanan SEASA di Taiwan. Foto Instgaram Jonathan Wong

"Walaupun dengan hanya penambahan satu markah daripada 585 yang saya pegang sejak 2015, ia menunjukkan bahawa setiap usaha dan dedikasi yang dicurahkan selama ini membuahkan hasil," catat Jonathan menerusi hantaran

Artikel Berkaitan:

di Instagram pada Sabtu.

Atlet yang berasal dari Melaka itu turut menyifatkan perjalanan tersebut bukan mudah, namun kepercayaan kepada diri sendiri dan sokongan semua pihak yang sentiasa berada di belakang menjadikan kejayaan berkenaan lebih bermakna.

"Terima kasih kepada jurulatih, keluarga, rakan sepasukan dan semua yang tidak pernah putus memberikan motivasi. Ini hanyalah permulaan kepada lebih banyak pencapaian pada masa hadapan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!