Diarak naik bas 1km sebelum berkhatan
19 Januari 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Program Sunathon Perdana 3.0 mencipta kelainan apabila seramai 37 orang peserta diarak menaiki bas Hop On Hop Off sejauh satu kilometer sebelum berkhatan di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati di Ipoh pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Pengerusi Masjid Muhammad Al-Fateh, Mohd Dzohiri Abdul Samad berkata, penganjuran kali ketiga itu menampilkan kelainan apabila mendapat kerjasama daripada syarikat bas Perak Transit untuk membawa peserta dari Surau Al-Ittihadiyah, Taman Meru 3C ke masjid berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/708008/edisi/perak/diarak-naik-bas-1km-sebelum-berkhatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #khatan #cutisekolah