'Salah 99 peratus milik Al-Hilal'

BINTANG Liverpool, Mohamed Salah dan Virgil van Dijk semakin hampir untuk menyertai Al-Hilal, pakar dan penganalisis sukan Arab Saudi yang bertugas dengan KSA Sports, Khaled Al-Shenaif.
Walaupun Liverpool ketika ini selesa di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL), mereka berdepan masalah utama dengan pemain bintang iaitu Van Dijk, Salah dan Trent Alexander-Arnold akan tamat kontrak pada penghujung musim.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Salah dan Van Dijk dilihat berkemungkinan melanjutkan kontrak, manakala Alexander-Arnold dikatakan mahu berpindah ke Real Madrid.
Bagaimanapun, Liverpool kini diancam kehilangan ketiga-tiga pemain itu, dengan media Saudi semakin yakin bahawa Van Dijk dan Salah akan beraksi di negara itu.
Awal minggu ini, dilaporkan bahawa Al-Hilal telah membuat tawaran kontrak kepada Salah manakala pembesar Arab Saudi, Turki Alalshikh membayangkan bahawa perjanjian sudah pun semakin hampir.
Kini, penganalisis bola sepak Arab Saudi Khaled Al-Shenaif, yang bekerja untuk saluran KSA Sports, telah mendakwa bahawa Salah 99 peratus pemain Al-Hilal dan Van Dijk akan mengikut jejak langkah pemain Mesir itu.
"Menurut maklumat yang kami ada, presiden Al-Hilal, Fahad bin Nafel dan (naib pengerusi Liga Pro) Saad Al Lazeez kini berada di London untuk memuktamadkan pembelian Mohamed Salah.
"Salah 99 peratus pemain Al-Hilal, manakala Virgil van Dijk sedang dalam rundingan dan semakin hampir. Segala-galanya telah dipersetujui; satu-satunya perkara yang tinggal adalah untuk kedua-dua pemain menandatangani kontrak.
"Perpindahan ini akan berlaku pada musim panas ini, sebelum Piala Dunia Kelab," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!