Bukti Haaland sayang Manchester City

KEPUTUSAN Erling Haaland untuk kekal bersama Manchester City dengan kontrak 10 tahun mencerminkan kepercayaan pemain Norway itu terhadap penyandang juara Liga Perdana Inggeris tersebut.
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola juga menyifatkan perkembangan itu sebagai satu berita luar biasa untuk juara kali keempat berturut-turut tersebut.
“Ya, berita yang luar biasa untuk kita semua di kelab. Seorang pemain memutuskan untuk menandatangani kontrak jenis ini yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini, kerana dia mahu menunjukkan keinginan tingginya mahu berada di sini
“Dan ini juga satu amanah untuk kelab... kelab tahu betapa profesionalnya dia, komitmennya dalam setiap perlawanan dan setiap hari untuk menunjukkan bakatnya,” kata Guardiola.
Sebagai rekod, Haaland merupakan penjaring terbanyak liga sejak dua musim lalu telah menjaringkan 111 gol dalam 126 perlawanan untuk City dalam semua pertandingan, melanjutkan khidmat bersama kelab itu hingga usia 34 tahun pada Jumaat.
Guardiola juga percaya keputusan Haaland didorong perasaan cinta terhadap kepada City.
“Dia suka kelab ini, orang di sekelilingnya, Liga Perdana, itu menyebabkan dia suka berada di sini dengan isterinya, dia seorang bapa sekarang.
“Saya percaya dia telah membayangkan, tiada tempat yang lebih baik untuk dia sekarang dan 10 tahun akan datang,” katanya.
LIGA PERDANA INGGERIS
SABTU (18 JANUARI)
Newcastle United lwn Bournemouth, 8.30 malam
West Ham United lwn Crystal Palace, 11 malam
Brentford lwn Liverpool, 11 malam
Leicester City lwn Fulham, 11 malam
AHAD (19 JANUARI)
Arsenal lwn Aston Villa, 1.30 pagi
Nottingham Forest lwn Southampton, 10 malam
Everton lwn Tottenham Hotspur, 10 malam
Manchester United lwn Brighton, 10 malam
ISNIN (20 JANUARI)
Ipswich Town lwn Manchester City, 12.30 malam
SELASA (21 JANUARI)
Chelsea lwn Wolverhampton Wanderers, 4 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!