Penggembala OKU hilang selepas bawa lembu ragut rumput di ladang sawit

RAUB - Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat membawa lembu keluar dari kandang untuk makan rumput di ladang sawit berhampiran rumahnya di Kampung Ulu Atok, Sega.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, Zulkifli Ramli, 44, merupakan penggembala lembu dipercayai hilang sekitar jam 10 pagi pada Rabu.
"Ahli keluarga Zulkifli tampil membuat laporan pada Khamis selepas didapati tidak pulang ke rumah.
"Kita minta kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi membantu siasatan dan usaha mencari mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Zulkifli diminta segera menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Raub di talian 09-3554999 atau Balai Polis Dong di 09-3658222.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!