Kerja baiki jalan di negeri terjejas banjir mula seawal bulan ini

Kerja-kerja pembaikan jalan rosak akibat banjir ekoran MTL di beberapa negeri terjejas akan bermula seawal bulan ini. Gambar fail Bernama
Kerja-kerja pembaikan jalan rosak akibat banjir ekoran MTL di beberapa negeri terjejas akan bermula seawal bulan ini. Gambar fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja pembaikan jalan rosak akibat banjir ekoran Monsun Timur Laut (MTL) di beberapa negeri terjejas akan bermula seawal bulan ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya. Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerja-kerja itu akan diutamakan terhadap negeri yang terjejas teruk seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor dan sedikit kawasan di Pahang.

"(Baik pulih akan) bermula Januari dan Februari nanti terutamanya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor dan sebahagian di Pahang,” katanya kepada pemberita pada majlis penutup Program Jelajah 2024 JKR BIM: Trail Training Lectures Zon Tengah di sini pada Rabu.

Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa kos keseluruhan pembaikan itu dianggarkan mencecah RM101.57 juta.

Beliau berkata, ia melibatkan kos membaiki jalan di negeri-negeri di Semenanjung berjumlah RM45.37 juta meliputi pembaikan berkala pavement (jalan berturap), berkala bukan pavement, jambatan dan lampu isyarat serta lampu jalan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!