Dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan, sebelum kembali ke Mahkamah Tinggi, kes semakan kehakiman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum terus mendapat perhatian nasional.Antara soalan-soalan berkait perlembagaan, peranan badan eksekutif, dan fungsi bebas kehakiman, isu ini menyentuh sekian banyak dimensi dan pemegang taruh. Adakah kefahaman kita benar terhadap isu ini? Bagaimana menentukan sikap agar tidak terjerumus kepada penilaian yang salah?