Mahkamah tolak permohonan CEO GISBH, isteri cabar penahanan
14 Januari 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Mahkamah Tinggi di Johor Bharu pada Selasa, menolak permohonan habeas corpus yang difailkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri, Azura Md Yusof yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika membacakan keputusannya berkata, mahkamah berpendapat ketika Notis Usul permohonan habeas corpus itu difailkan pada 24 Oktober lalu, pemohon tidak berada dalam tahanan SOSMA.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkmah #GISBH