23 cedera bas langgar belakang lori kontena

Kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan lori kontena di Kilometer 157.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi Selasa. Foto bomba
Kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan lori kontena di Kilometer 157.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi Selasa. Foto bomba
A
A
A

NIBONG TEBAL - Sebanyak 23 penumpang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena di Kilometer 157.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini awal pagi Selasa.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Saiful Bahari Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai nahas itu pada 4.16 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati bas persiaran yang membawa 24 penumpang bersama pemandu serta seorang kelindan dipercayai telah melanggar belakang sebuah lori kontena.

"Terdapat 23 mangsa mengalami kecederaan termasuk dua cedera parah dan kesemua mereka telah dihantar ke Hospital Sungai Bakap dan Hospital Seberang Jaya, dekat sini untuk rawatan," katanya.

Kemalangan berkenaan telah menyebabkan kesesakan teruk sejauh kira-kira lima kilometer di laluan berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!