28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

Sebuah bas ekspres terbalik akibat kemalangan kendiri di Simpang Pangkalan Majau, Jalan Kapit/Song, dekat Kanowit, petang Ahad. Foto tangkap layar video orang awam
Sebuah bas ekspres terbalik akibat kemalangan kendiri di Simpang Pangkalan Majau, Jalan Kapit/Song, dekat Kanowit, petang Ahad. Foto tangkap layar video orang awam
A
A
A

SIBU - Seramai 28 orang termasuk pemandu berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki mereka, dalam perjalanan dari Kapit menuju ke Sibu, terbalik akibat kemalangan kendiri di Simpang Pangkalan Majau, Jalan Kapit/Song, dekat Kanowit, petang Ahad.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, 12 lelaki dan enam wanita yang mengalami cedera ringan telah menerima rawatan di Hospital Kanowit.

Beliau berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.18 petang, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit serta sebuah jentera digerakkan ke lokasi.

"Setiba di lokasi didapati sebuah bas mengalami kemalangan kendiri...tiada mangsa yang tersepit di dalam ruang penumpang bas tersebut,” katanya.

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!