Isu kelewatan MyDigital ID, rundingan 5G akan disegerakan

Gobind (tengah) bergambar bersama para panel dan moderator pada Jelajah Malaysia Digital @ Perak di sebuah hotel, di Ipoh pada Ahad. - Bernama
Gobind (tengah) bergambar bersama para panel dan moderator pada Jelajah Malaysia Digital @ Perak di sebuah hotel, di Ipoh pada Ahad. - Bernama
A
A
A

IPOH – Isu kelewatan pelaksanaan dua inisiatif digital negara melibatkan MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua akan dibawa dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) pada 12 Februari depan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, mesyuarat itu akan membantu mencari jalan penyelesaian segera terhadap isu berkenaan.

Menurutnya, memang berlaku masalah mengenai kelewatan inisiatif berkenaan yang turut melibatkan beberapa kementerian.

"Kami sedang berusaha menyelesaikannya dan seperti yang saya katakan sebelumnya, ini adalah sesuatu yang kami fokuskan dan akan berusaha sebaik mungkin.

"Ini adalah sesuatu yang PM (Perdana Menteri) telah minta kami fokuskan. Kami sedang melakukan apa yang terbaik dan harapan kita untuk cuba menyelesaikannya secepat mungkin," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Program Jelajah Malaysia Digital @ Perak di sebuah hotel di sini pada Ahad.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee; Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How dan Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan.

Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kecewa dengan kelewatan beberapa projek transformasi, termasuklah pelaksanaan MyDigital ID, rangkaian 5G kedua dan rundingan Digital Nasional Berhad (DNB) dengan syarikat telekomunikasi (telco).

Artikel Berkaitan:

Menurut Menteri Kewangan itu, pelaksanaan MyDigital ID terlambat selama setahun, manakala rangkaian 5G kedua masih tertangguh kerana rundingan untuk projek itu tidak mendapat maklum balas positif daripada DNB dan syarikat telekomunikasi.

Perkara itu disuarakan Anwar sewaktu perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan yang diadakan di Putrajaya pada 5 Disember lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!